me & my hubby

Daisypath Anniversary tickers

11 September 2012

11/09/12 - lympha nodes..lymphadenopathy

dari mana aku nak mulakan, aku pun tak tahu..
last week aku ke Universiti Malaya Specilist Centre (UMMC), sbb aku risau ada bonjolan disblh leher aku.
Aku perasan la benda tu memang ah lama sejak aku kahwin lg tp aku just ignore sbb ingatkan kelenjar biasa.
So rasa tk sedap hati bila tgk agak besar aku ke klinik, klinik minta refer je hospital since aku kata benda nie dah lama lebih kurang 9yrs
Bila pergi check up di UMSC doktor kata "lympa". Doktor tanya aku ada TB ke or ada contact dgn org yg ada TB.
Pening kepala aku fikir tk ada family pon tk ada..kawan opis pun tak ada masalah. So doktor suruh aku buat blood test dan ultra sound. Appoiment ultrasound semalam dah pon dapat result.
Ia lebih kepada lymfa nodes..kat hujung result tu ada tertera ayat : ditekankan kepada Lymphadenopathy..apa tu???
Sebelum tu aku tak senang duduk nak tahu result nie..bila dah dapat tahu tak dapat info sebenarnya dari staff yg buat ultra sound tu..
 
Mula la aku google apa itu lymphadenopathy....Ya Allah, bahaya rupanya lymphadenopathy  nie..hinggakan boleh menjadi kanser or limfoma. Subahanallah ...aku nak menangis pun ada. Ya Allah moga kau lindungi aku dari segala yg tidak aku duga..cukuplah sebelum ini kau menduga arwah kakak aku dgn lukemia. Lymphadenopathy pun boleh disebabkan serangan virus itu yg menyebabkan lympa tu bengkak. Masa aku jumpa doktor last week pon doktor kata harap ia tidak menjadi merbahaya..
so aku kena tunggu apa instruction doktor esok petang, kalau dia rasa macam kuman akan dibagi ubat. Or kalau dia rasa something difrent aku kena buat biopsi..
Aku hingga saat ini tak henti berdoa pd Allah semoga Allah menlindungi aku berharap adat adu dihindari segala penyakit yg bahaya.
 
Esok 12/09/12 jam 6.20 ptg aku ada appoiment dgn doktor..saat aku tulis nie pon jantung aku berdegup kencang. Dah lah malam tadi aku tak dapat tidor, terjaga jam 5pg sampai 6.30 pagi aku tak boleh tido lg.
Kesannya aku mengantuk yg teramat dekat opis. Dalam kepala aku nie macam-macam yg aku fikir. Kalau aku p+++ macam mana..Apa yg patut aku lakukan..Macam mana aku nak lalui semua ini, macam mana dgn anak-anak aku, mcam mana dgn suami aku...
Sampai satu saat air mata nie rasa bertakung kat kelopak mata..
Semoga Allah mempermudahkan urusan aku esok hari..tk putus aku berdoa pd Allah.
 

8 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sis..
    so how's a result.. hope it is negative..
    Hu hu saya pun dalam debaran yang sama apabila bayi saya perlu dirujuk kepada pakar paed isnin ni.

    ReplyDelete
  3. Wassalam azmira..tq sudi visit blog akak. Maaf lama tk update. Result alhamdulilah negetif. Bebas dri kanser. Tp tu lah berdebar juga masa tggu result setelah buat biopsi. Allah duga dgn penyakit lain..akak kena lymphnote TB. Kuman tb tu myebabkan lymphnote akak bengkak. So akak kena refer pakar lain syukur bhgn paru2 akak tiada serangan sb tu tiada tanda2 batuk. Kena lalui process rawatan tibi mkn ubat utk tibi selama 6bln non stop. Agak perit juga lah. Sekarang alhamdulilah kehidupan kembali spt biasa. Mengapa dgn anak azimah. Ada swollen lymphnote juga ke..bhgn mana

    ReplyDelete
  4. Salam kak ogyomar. Saya juga salah seorang seperti kak ogy. Sekarang saya tgh tunggu result. Memang perasaan saya spt kak ogy. Lgipun keja saya mmg expose dgn pesakit tb. Saya sangat nervous sekarang ni dan saya brasa sangat sedih. Menangis pun ada. Semua ada kecuali happy. Mmg sudah tiada dlm kamus dlam hidup saya. Slepas sya baca blog kak ogy, hati ada rasa lega sikit. Saya nak luahkan pun saya dh tak tau mcm mana nak luahkan.

    ReplyDelete
  5. Salam kak ogyomar. Saya juga salah seorang seperti kak ogy. Sekarang saya tgh tunggu result. Memang perasaan saya spt kak ogy. Lgipun keja saya mmg expose dgn pesakit tb. Saya sangat nervous sekarang ni dan saya brasa sangat sedih. Menangis pun ada. Semua ada kecuali happy. Mmg sudah tiada dlm kamus dlam hidup saya. Slepas sya baca blog kak ogy, hati ada rasa lega sikit. Saya nak luahkan pun saya dh tak tau mcm mana nak luahkan.

    ReplyDelete
  6. Wassalalam sis
    Tq visit blog akak. Lah dah tu almost 3 or 4 yrs. Alhamdulilah treatment pun dah complet. To u tau kan yg parut tb tu ttp ada. Akak doakan semuanya lancar..dan bkn kpd kes yg serius. Doa adalah penawar dan kekuatan utk diri lita

    ReplyDelete