me & my hubby

Daisypath Anniversary tickers

3 January 2013

Assalamualaikum semua....
 
Selamat Tahun Baru 2013, syukur alhamdulilah masih lagi Allah panjangkan usia dan kesihatan yg baik untuk
berada di tahun 2013. Aku lah sepatutnya hambanya yg patut bersyukur, insaf sebab Allah masih lagi mengizinkan aku untuk terus berada dibuminya ini. Syukur aku masih diberi nikmat dengan keadaan kesihatan yg bertambah baik selepas operation tempohari.
 
Lama sudah aku tak update entry ini.. tak ada idea ke??? Bukanlah cuma masa saja tak mengizinkan. Seperti yg diketahui aku menjalani biopsi utk buang swollen lymphnode pada 16/10/12 di UMSC. Alhamdulilah semuanya berjalan dgn lancar. Pagi tu aku tinggalkan ammar dgn mak mertua, sofea ke sekolah..pada sofea aku berpesan  doakan agar pembedahan ibu berjalan dgn lancar..anak kecil itu hanya mengangguk. Ditemani suami dgn keadaan cuaca hujan aku sampai di UMSC jam 9.30 pagi. Sejak seminggu lepas keadaan diri aku tak menentu , kekadang demam dgn tapi suhu tidak tinggi, sekitar 37c, kejap ok kejap tidak. Mungkin kesan kuman nie. Sehari sblm buat biopsi staff nurse call untuk confirm buat biopsi pada 16/10/12. Alhamdulilah pagi tu bacaan suhu 36C so proceeed untuk masuk operation theater. Biarpun ada pengalaman dibedah sebelum ni, perasaan takut tu tetap ada. Selepas diperiksa dan diberi taklimat oleh pakar bius dan doktor yg akan melakukan biopsi aku diberi arahan untuk masuk ke OT. DUP DAP DUP DAP..mulut aku tak lepas berzikir berselawat dan yg penghabisan aku berdoa mohon pada Allah agar melancarkan urusan ku pada pagi itu. Lepas aku jumpa my hubby pohon dia mendoakan aku selamat, aku aturkan langkah kaki ku ke pintu OT. Sebelum melangkah masuk aku berdoa untuk yg terakhir, berserah dan bertawakal pada Allah. Moga Allah memakbulkan hambanya ini.. Jam 10.30 pagi aku berada di atas katil OT tehater,lepas alat bantuan perafasan diletakan di mulutku dan aku diarahkan tarik nafas aku dan tak sedar apa apa dah.
 
Sedar saja nama aku dipanggil oleh pakar bius rupanya pembedahan dah selesai, saat itu masa mamai tapi kesan sakit tu terasa. Ditambah dengan kesan ubat pelali aku masih mengantuk lagi....terus tidur lagi. Sedar sedar dah jam 12.45 tgh hari. Ada satu cerita yg nak aku kongsikan bersama dalam aku separa sedar tadi aku bermimpi kak shima dan abg rahim betul betul dihujung bahagian  kaki ku. Kak Shima dgn bertelekung, abg rahim dgn baju putih dan berkopiah senyum pada aku. Seingat aku kak shima dan abg rahim berada ditanah suci sedang mengerja kan haji. Ya Allah bila aku palingke kanan aku lihat hubby ku di sebelah kanan ku sedang berdiri memerhatikan ku. Bila aku periksa handphone aku lihat sms dari kak shima from mekah yg mendoakan kesejahteraan aku dan pembedahan aku berjalan dgn lancar. Alhamdulilah rahmat dari Allah abang dan kakak ipar mendoakan aku dari mekah. Bersyukur tak terhingga. 

 

5 October 2012

Assalamualaikum..
 
Syukur masih lagi disini dibumi Allah, mengizinkan aku bernafas lg utk sedetik. Syukur diatas anugerah nikmat
kesihatan yg masih baik yg Allah berikan padaku. Semoga nikmat ini tidak aku sia-siakan untuk aku beribadah, memperbaiki segala yg keburukan dlm diri aku, semoga Allah berikan kesempatan lagi pd aku untuk aku menjalankan tanggung jawab aku pada Allah, suami, ibu serta anak-anakku.
 
Entry yg lepas aku bercerita tentang FNAC test yg aku buat 2 minggu lepas. Alhamdulilah keputusan yang aku terima sedikit sebanyak melegakan aku...tapi aku belum boleh menarik nafas lega 100%. Sebab doktor masih tidak puas hati kenapa lymph node aku bengkak. Dengan FNAC test itu tidak menunjukkan lymph node aku bengkak disebabkan oleh tibi. Result dari FNAC itu tidak menunjukkan sebarang perkara yg tidak sepatutnya dari sample tissue aku. Tidak menunjukkan ada sel kanser disitu. Tapi pathologist tu advise to do biopsy for histopathological evaluation in view of the size swelling lymoh node...DAN>>>>>>>>>>> the fact that low grade LYMPHOMA cannot be dedinitely excluded. Ayat akhir tu memang meresah kan aku lagi.
 
Aku tak putus-putus berdoa agar aku dijauhi dari mushibah menyakit yg merbahaya. Bukan aku menolak ketentuan Allah  tapi aku mohon pada Allah agar tidak diambil nikmat kesihatan yg baik dari aku. Bukan aku takut nak tinggalkan nikmat dunia tidak sama sekali. Aku mohon agar aku dapat menjalani kehidupan yg sihat untuk aku menjalankan tanggung jawab aku mendidik anak-anak aku dgn ilmu agama yg kuat dan cukup. Aku nak anak-anak aku pandai mengaji al-quran, solat tak tinggal. Biarpun Sofea & Ammar baru berusia 8 & 5thn tapi aku kena didik dia dari sekarang, jgn pandang rendah dalam bab bab macam ini. Andai aku dijemput Ilahi setidak-tidaknya anak-anak aku dapat membacakan yasin utk aku, menghadiahkan al-fatihah untuk aku serta memanjangkan doa untuk aku. Ini yg buatkan aku selalu mengalirkan air mata tiap kali solat. Orang lain tidak akan faham dan mengerti apa yg aku fikirkan. Aku tidak takut sakit.. aku akan terima ketentuan dari Allah dgn redha tapi yg aku takut ini lah..takut tak ada penyambung doa doa dari seorang anak yg soleh.
Aku sentiasa berdoa agar aku dapat menjalankan tanggung jawab dan amanah yg Allah berikan pada aku iaitu anak.
Aku tidak ada sesiapa untuk aku bercerita dan meluahkan apa yg aku rasa saat ini. Aku hanya ada Allah sebagai tempat mengadu DIA lah sebaik-baik pendengar. Aku selalu tanamkan dalam hati aku, aku tak ada sesiapa hanya ada MU ya Allah, kau sentiasa bersama-sama dengan ku. Dan aku hanya ada blog ini tempat aku meluahkan rasa hati. Aku tak mampu nk bercerita pada hubby takut dia juga tidak tabah untuk lalui semua ini. Kalau aku bercerita dgn rakan rakan disekeliling ku paling tidak merka berkata "apa yang kau takut?" "kenapa u nak fikir sampai jauh fikir yg bukan-bukan" paling tidak mereka hanya setia mendengar tanpa berkata apa apa. Biarlah biarlah aku ada Allah sebagai peneman aku dikala susah dan senang, bila aku mengadu padaNYA seusai solat, aku dapat rasakan kelainan..semangat aku datang, erti putus asa tk ada lebih kepada redha dgn keputusanNYA. Allah Allah Ya Allah besar sungguh keagunganMU..
 
Insyallah jika Allah izinkan aku akan buat surgery biopsi pada 17/10/12. Pada MU aku berserah ya Allah, aku pohon kau permudahkan dan melapangkan urusan aku. Aku dah minta pendapat Abg Rahim dan kak Shima yg saat ini berada di Tanah Suci Mekah patutkah aku teruskan buat "biopsi". Alhamdulilah abg Rahim dan kak Shima sependapat dgn aku untuk buat biopsi. Apa yg paling mengharukan aku kak Shima sanggup call aku dari Mekkah semata mata nak tahu keputusan FNAC aku, dan abg Rahim pun sama turut sms aku bertanya keputusannya. Allah Hu Akbar..besarnya keagunganmu ya Allah. Syukur mereka dapat mendoakan aku dari tanah suci Mekah, moga Allah makbulkan doa abg rahim dan kak shima yg mendoakan kesihatan aku. Syukur alhamdulilah, terima kasih Ya Allah di atas rahmat mu ini.
 
 

25 September 2012

25/09/12


Nak menulis entry nie..sekadar nak meluahan apa yg terpendam dalam hati. Setiap hari yg aku lalui rasa spt tk berdaya aku nak melangkah. Tapi aku kuatkan juga semangat untuk ke tempat kerja dan berkerja seperti biasa.
Hari ini 25/09/12 aku kena call UMSC nak dapat kan keputusan FNAC yg aku buat last week dan terus buat appoiment utk jumpa doktor. Allah Allah Ya Allah aku tak kuat, aku tak berdaya untuk berjumpa dgn doktor utk mengetahui apa keputusannya.
 
Perasaan sebak, berdebar semuanya ada. Kadang-kadang aku pandang org lain aku berkata dalam hati " kenapa aku yg harus berdepan dgn semua ini kenapa bukan org itu??"
Allah Allah Ya Allah aku beristigfar sendiri, ampunkan dosa-dosa aku ya Allah, aku pujuk diri aku "Allah sayang kan kamu Fauziah sebab itu kamu dipilih untuk untuk berada ditempat kamu sekarang"
Biarpun aku masih tidak tahu apa yg menyebabkan lymph node aku bengkak, aku bayangkan bagaimana jika takdir tidak bersama-sama aku.
Bolehkah aku menerima semua takdir itu..Nak tak nak aku kena terima juga. Cuma apa yg sering aku bayangkan adalah anak-anak aku. Siapa yg nak ajar mereka mengaji dirumah, siapa yg nak hantar mereka pergi mengaji, siapa yg nak ajar mereka solat dgn betul. Sekarang ini semua aku lakukan sendiri, hubby balik lewat malam aku faham tugasnya.
 
Hati kecil aku sentiasa berdoa dan memohon pada Allah agar nikmat kesihatan yg baik yg diberikan pada ku jangan diambil. Anak-anak aku masih memerlukan aku untuk mereka belajar mengaji, solat dgn baik. Aku masih nak berbakti pada ibuku, suamiku.
Allah Allah Ya Allah...sampai begitu sekali fikiran aku. Berikan aku kekuatan Ya Allah, sesungguhnya aku tak berdaya hanya padamu aku tempat aku bergantung.

24 September 2012


TUHAN SEDANG MENGUJI KITA...

Menarik buku ini, banyak ilmu yg aku dapat dari buku ini. Syukur alhamdulilah disaat semangat aku yg hilang seketika aku bangkit kembali mengumpul semangat yg hampir hilang. Semua manusia akan menerima ujian Allah..seperti aku diuji sejak dari kecil lagi. Sejak lahir aku ada ketumbuhan diatas tapak kaki "hemangioma", bayangkan sejak lahir..ia membesar mengikut pembesaran aku, agak sukar untuk menjaga sebab kalau tersalah langkah ia akan berdarah. Pernah sekali waktu itu banjir aku main air banjir..apa lagi kena ulat air. Hanya Tuhan saja yg tahu beapa sakitnya dan sukarnya nak diubati. Mak dan abah guna kan tepung ubi untuk menutup semula bahagian atas tapak kaki aku yg terkoyak tu. Usia aku 20thn baru aku buat operation untuk membuang ketumbuhan tu. Alhamdulilah skrg cuma ada bekas sahaja.

Sekali lagi aku diuji Allah melahirkan kedua-dua cahaya mata aku secara operation. Dugaan lagi aku terima, menjaga anak dalam pantang dgn keadaan luka diperut yg memerlukan penjagaa yg rapi..namun syukur aku lalui dgn mudah. Itulah kadang-kadang aku nie terlepas pandang...ada sebab kenapa Allah berikan ujian pada kita. Setidak-tidaknya dapat menghapuskan dosa-dosa kecil kita.

2thn lepas aku dan keluarga ku yg lain diuji lagi, kali ini memang hebat ujian yg Allah berikan pada aku, mak, abah, abang dan kakak-kakak ku. Setiap yg hidup pasti akan mati itu janji Allah, kehidupan ini hanya sementara, hanya pinjaman. Allah uji kami sekeluarga dan arwah kak ani pada tahun 2010, secara tiba-tiba arwah kak ani mendapat lukemia. Aku masih ingat lagi tarikh 30.06.2009 ulang tahun kelahiran arwah yg ke 46, pada taikh yg sama doktor mengesahkan arwah menghidap lukemia. Setelah dirawat hampir 6 bulan dan koma selama 3minggu arwah pergi meninggalkan kami semua, meninggalkan suami dan seorang anak lelaki yg berusia 8thn.
Akulah orang yg paling sedih waktu itu..kehilangan seorang kakak teman berbicara, bergurau senda. Namu aku redha akhirnya dia pergi memenui pemciptanya tanpa perlu terseksa lagi dgn rawatan dihospital yg pada aku amat menyeksakan. Sebab apa aku kata aku tak sanggup melihat arwah dijadikan uji kaji dalam keadaan yg koma di ICU. Dalam keadaan koma buat dylisis darah, buat kimo, diambil air tulang sum sum.. Itulah yg terpaksa arwah lalui dlm keadaan koma. Dah masuk 12thn arwah pergi namun setiap detik yg dilalui oleh arwah dihospital tk pernah terpadam dimindaku.. Al-fatihah untuk arwah NORAINI OMAR dan arwah ayahku OMAR JAAFAR.
 
Saat ini..waktu aku menghadapi masalah aku tk punya siapa untuk ku luahkan apa yg aku takuti ini. Hanya suamiku tempat aku mengadu dan yg paling aku syukur aku ada Allah tempat aku mengadu sepuas-puasnya. Mengadu setiap kali berdoa selepas solat sambil bercucuran airmata ini mengalir mengenangkan dosa-dosa aku yg lalu dan ketika ini. Moga Allah mengampuni segala dosa-dosa aku, menerima taubat aku dan menerima segala amalan kebaikan aku.
 
Alhamdulilah dengan buku ini banyak yg aku pelajari. Bersyukur jika kita menerima musibah dan bersabar dengan ujian yg Allah berikan. Ujian yg Allah berikan kepada kita adalah penghapus kepada segala dosa-dosa kecil kita. Insyallah ada gajaran yg Allah akan berikan pada setiap kesabaran kita ..

15 September 2012

15/09/12

assalamualaikum semua, salam sejahtera..
 
syukur alhamdulillah Allah memberikan kita peluang untuk bernafas lagi di saat ini masih dapat lagi bersama suami, anak-anak serta insan yg tersayang.
Dari mana nak aku mulakan menaip diblog nie rasa seperti tk ada kekuatan utk bercerita. Semangat aku seolah-olah down seketika terasa melayang..
Ingat tak entry yg lalu aku menceritakan kisah aku yg mempunyai masalah "lymph nodes". Lymphdenopathy..sesuatu yg kita tak ambil kisah kalau tidak berlaku pada kita. Aku sampai saat ini tertanya-tanya apa  sebenarnya or puncanya "lymph nodes" aku nie. Last wednesday aku jumpa doktor selepas buat ultra sound pon masih tak dapat jawapan lagi. Kata doktor dgn ultra sound kita tak dapat tentukan punca or apa penyakit itu, yg kita blh tahu adalah saiz "lymph nodes" tu..aku rasa nak je ckp dgn doktor tu kenapa tak terus buat biopsi or buat small surgery utk tahu apa punya "lymph nodes" aku bengkak. Ya Allah doktor nie boleh cool je..aku nie dah tak senang duduk dari tadi. Tapi jawapan yg aku terima aku kena buat FNAC test utk ambil sample tisu tu utk tahu sama ada ia disebabkan oleh jangkitan virus or sebaliknya. Ya Allah tunggu lagi utk next week.. Hari selasa appoiment utk FDNA test baru aku buat.
Punya lah lama nak aku tunggu..result pulak lepas 1 week!!!
 
Saat ini aku rasa seperti berjalan tak pijak tanah..melayang. Semangat aku pon seakan melayang..aku selalu fikirkan yg "negative". Kadang-kadang aku cuba utk kuat, utk tidak memikirkan perkara yg buruk. Seperti kata doktor " apa yg awak nak fikirkan..jgn terlalu susah hati sebab awak tidak tahu lagi puncanya" Ye doktor berkata memang senang..tapi saya yg menghadapi dan melaluinya boleh ke doktor faham..
Kini aku menunggu masa utk buat test FNAC pada hari selasa 18/09/12. Setiap saat aku tidak berhenti berdoa pd Allah agar semuanya berjalan dgn lancar tanpa ada perkara buruk berlaku. Setiap saat juga aku pohon pd Allah agar di ampunkan dosa-dosa aku . Aku pohon agar Allah berikan aku kekuatan utk aku lalui setiap saat dgn kuat. Aku sentiasa ingat Allah sentiasa bersama-sama aku, hanya padanya tempat aku bergantung dan berharap.
Tapi biasalah aku nie lemah, syaitan sentiasa menghasut aku utk memikirkan perkara yg bukan-bukan. Masa tu aku beristigfar sendiri dan menyebut didalam hati" HasbunAllah Wa ni'mal Wakeel" (Cukuplah Allah Sebagai Penolong Kami dan Dia Adalah Sebaik-baik Pelindung). Sesungguhnya aku tidak berdaya ya Allah hanya padamu lah aku bermohon, berlindung dan bergantung harap.
 
Semalam 14/09/12, kereta baru MYVI telah keluar, aku menginsafi diri aku, bersyukur kerana Allah memurahkan rezeki kepada suami ku, diri ku dan anak-anak ku untuk kami merasa kereta myvi baru. Sedih juga meninggalkan kereta lama "kelisa" yg banyak berjasa kepada kami sekeluarga. Dgn kereta tu lah aku menghantar dan mengambil anak-anak aku, dgn kereta tu lah kami kesana kemari dgn mudah. Ya Allah tidak bersyukur kah aku dgn apa yg telah kau berikan pada aku selama ini hinggakan aku meminta kereta yg baru sebagai ganti. Ampuni aku YA Allah..
Sempat aku berbisik pada kereta kelisa dan mengusapnya..terima kasih pada segala jasa mu selama ini, maafkan aku kerana melepaskan kamu, semoga kamu bertemu dengan tuan yg lebih baik dari aku..
Yang paling terkejut bila aku tgk Ammar turut mengusap kereta kelisa...dan berkata "IBU ADIK SEDIH La" Salesman tu pun turut tersenyum tengok rekreasi Ammar..
 

11 September 2012

11/09/12 - lympha nodes..lymphadenopathy

dari mana aku nak mulakan, aku pun tak tahu..
last week aku ke Universiti Malaya Specilist Centre (UMMC), sbb aku risau ada bonjolan disblh leher aku.
Aku perasan la benda tu memang ah lama sejak aku kahwin lg tp aku just ignore sbb ingatkan kelenjar biasa.
So rasa tk sedap hati bila tgk agak besar aku ke klinik, klinik minta refer je hospital since aku kata benda nie dah lama lebih kurang 9yrs
Bila pergi check up di UMSC doktor kata "lympa". Doktor tanya aku ada TB ke or ada contact dgn org yg ada TB.
Pening kepala aku fikir tk ada family pon tk ada..kawan opis pun tak ada masalah. So doktor suruh aku buat blood test dan ultra sound. Appoiment ultrasound semalam dah pon dapat result.
Ia lebih kepada lymfa nodes..kat hujung result tu ada tertera ayat : ditekankan kepada Lymphadenopathy..apa tu???
Sebelum tu aku tak senang duduk nak tahu result nie..bila dah dapat tahu tak dapat info sebenarnya dari staff yg buat ultra sound tu..
 
Mula la aku google apa itu lymphadenopathy....Ya Allah, bahaya rupanya lymphadenopathy  nie..hinggakan boleh menjadi kanser or limfoma. Subahanallah ...aku nak menangis pun ada. Ya Allah moga kau lindungi aku dari segala yg tidak aku duga..cukuplah sebelum ini kau menduga arwah kakak aku dgn lukemia. Lymphadenopathy pun boleh disebabkan serangan virus itu yg menyebabkan lympa tu bengkak. Masa aku jumpa doktor last week pon doktor kata harap ia tidak menjadi merbahaya..
so aku kena tunggu apa instruction doktor esok petang, kalau dia rasa macam kuman akan dibagi ubat. Or kalau dia rasa something difrent aku kena buat biopsi..
Aku hingga saat ini tak henti berdoa pd Allah semoga Allah menlindungi aku berharap adat adu dihindari segala penyakit yg bahaya.
 
Esok 12/09/12 jam 6.20 ptg aku ada appoiment dgn doktor..saat aku tulis nie pon jantung aku berdegup kencang. Dah lah malam tadi aku tak dapat tidor, terjaga jam 5pg sampai 6.30 pagi aku tak boleh tido lg.
Kesannya aku mengantuk yg teramat dekat opis. Dalam kepala aku nie macam-macam yg aku fikir. Kalau aku p+++ macam mana..Apa yg patut aku lakukan..Macam mana aku nak lalui semua ini, macam mana dgn anak-anak aku, mcam mana dgn suami aku...
Sampai satu saat air mata nie rasa bertakung kat kelopak mata..
Semoga Allah mempermudahkan urusan aku esok hari..tk putus aku berdoa pd Allah.
 

1 September 2012

gambar lagi dan lagi...

yeahhhhhh...masih mood raya lagi i nie!!!

Walaupun kepenatan semalam masih terasa..namun aku happy sebab dapat meraikan rakan-rakan lama, jiran-jiran dan along serta family yg kebetulan datang berhari raya ke KL. Letih tu memang ada tapi puas dapat kerana dapat menjamu mereka semua dgn air tangan aku sendiri (wp pon tk sesedap mana la kan hokeyyyyy!!!)
Bukan masak apa sekadar nasi impit, kuah lodeh, kuah kacang, lemang & rendang. Lemang dan rendang aku import tau..bukan masak & bakar sendiri. Yg bestnya aku dah masak kuah lodeh, siap dah semuanya seperiuk budget utk rakan-rakan & jejiran depan umah je. Sekali hambik kau...angah (farin anak kakak aku yg fist) call " mksu kami nk terjah rumah mak su ye ptg nie..)" wah gittttuuuu suka la aku kan. "ok silakan tapi mksu hidang kuih raya je tau..sila kenyangkan perut dulu kat rumah angah (hehehe poyos sungguh ayat mak sedara nie kan). Apa lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... abangggggggggggggg sila belikan sayur & nasi impit untuk tambahan ye alogn nak datang. Tak kelam kabut my hubby tu terus start motor beli bahan2. Dapat je additional bahan tu terus aku masak..semput wehhhhhh!!! Alhamdulilah Allah mempermudahkan urusan aku syukur.
Tapi sayangnya kan aku tk sempat la nk bergambar berbagai dgn orang yg dtg berhari raya ke rumah aku smlm..huhuhu.

Tapikannnnnnn aku upload gambar lain, gambar kami berhari raya di rumah abg im last week . (nak juga upload kan ogy mentang2 lah gambar kau cantikkkkkkkkkkkk...cantik ke off course la!!)
sila ye kengkawan, tgk gambar ni..don't kutuk-kutuk hokye!!!
 
SWEET GAMBAR NIE..